About Me

Foto saya
Muslim.Proud to be a muslim and Bruneian.

Khamis, 20 Jun 2013

Tafsir Mimpi


Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu subuh. Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah SWT lah yang maha mengetahui. ^^~






1.Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.

2.Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.

3.Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.

4.Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.

5.Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.

6.Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan

7.Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.

8.Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.

9.Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang

10.Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang

11.Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu

12.Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik

13.Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat

14.Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia

15.Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda 
akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki

16.Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda

17.Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita

18.Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau 
mendapat rezeki

19.Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh

20.Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku





21.Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana

22.Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan

23.Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri

24.Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan

25.Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat 
kali ganda

26.Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki 

27.Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta

28.Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian

29.Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit

30.Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta
kekayaan yang halal

Selasa, 18 Jun 2013

Tausyeh "Doa Untuk Guru" (Brunei)


Alhamdulillah..

Respect the "AZAN"



Fatih Saferagic

Berita bagus untuk umat Islam! kini ada remaja di dunia barat yang hafal 30 juz Al-Qur'an.  Subhanallah..
Ia adalah remaja tampan yang hidup di Amerika Serikat. 
Fatih Seferagic adalah remaja berusia 18 tahun berkebangsaan Bosnia.  Ayah Fatih lahir di Jerman 1 Mei 1995.  Ia pindah ke Amerika di Usia 4 tahun dan menyelesaikan hafizhnya di Islamic Society of  Baltimore selama 7 tahun dibawah Syeikh Qari Zahid dan Qari Abid.  Kemudaian Akhi Fatih pindah ke Dallas selama 10 bulan untuk memperdalam Bahasa Arab klasik pada program Mimpi Bayyinah itu.  Kini Fatih tinggal di Houston, TX sebagai mahasiswa dan guru Qur'an. 



 Menurut beberapa sumber ia sempat mendapat tekanan karena begitu sulitnya menjadi seorang muslim di dunia barat yang penuh dengan pembenci Islam.  Fatih sering dipilih menjadi Imam di beberbagai masjid.

Fatih mempunyai suara yang bagus ketika menyenandungkan firman Allah tersebut, tajwid dalam bacaannyapun benar dan jelas.












Isnin, 17 Jun 2013

Ramadhan ! :D


Islam Is The Way Of Life :)

terjemahan surat Ar-Ra'd ayat 11

إِ
نَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ
artinya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” .

Tips tahan lapar waktu puasa :D

Haaa.. Ramadhan dah nak datang ni ^_^ dah bayar puasa taun lepas? sekarang ni syikin nak share bagaimana nak tahan lapar waktu puasa... selamat mencuba! 






Ramadhan Al Mubarraq datang lagi …

1. Mesti sahur.
2. Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam.
3. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas.

4. Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.
5. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi..sampailah 7 kali.
SEBENARNYA:-
Surah Al Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.
Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis tak kan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.
Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.